AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU!

Tuesday, 21 January 2014

Keputusan Pusingan Pertama Piala FA 2014


Nasib pasukan Johor Darul Takzim II untuk melangkah jauh untuk saingan Piala FA tidak kesampaian apabila tewas kepada PKNS FC di lumut untuk Perlawanan pertama kalah mati.Johor Darul Takzim II tewas dengan jaringan 3-2.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain untuk pusingan pertama Piala FA 2014:-

Sarawak 2-1 Penang 
Kuantan 0-1 Sabah
Terengganu 4-0 Shahzan Muda
Sime Darby 2-1 ATM
N. Sembilan 0-1 Felda Utd
KL 0-4 Kedah 
LionsXII 3-0 DRB Hicom
PBAPP 2-0 Cebagoo
Melaka 1-2 Perlis 
UITM 2-3 T-Team 
PDRM 1-0 KL Spa
Perak (4)2-2(5) *Pahang

NOTE: Kelantan dan Johor Darul Takzim mendapat by untuk pusingan pertama.

Johor Darul Takzim akan bertemu dengan T-Team yang mengalahkan UiTM

Ayuh Johor! Luaskan Kuasamu!

Kenyataan TMJ Berkaitan Isu Kekecohan Dilarkin 18 Jan 2014

Berikut adalah kenyataan daripada TMJ daripada ketidakpuashatian berkenaan dengan insiden yang berlaku diluar stadium larkin selepas perlawanan antara Johor Darul Takzim FC vs Perak



Like ---> JOHOR Southern Tigers
Visit --> http://www.johorsoutherntigers.com.my/
Live ---> http://www.jdtv.my/

Berikut adalah rakaman yang dirakam oleh penyokong Perak perjalanan mereka dari Stesen Bas Larkin ke Stadium Hassan Yunos dan juga perjalanan pulang balik ke Ipoh. Yang didapati perjalanan yang lancar dengan dieskod dengan pihak polis, malah dikawal dengan ramai anggota polis.



Persoalannya sekarang adalah adakah benar yang digembar-gemburkan oleh pihak media? Tiada insiden yang buruk yang berlaku

Monday, 20 January 2014

Stadium Baru Johor Darul Takzim di NUSAJAYA

Berikut adalah kenyataan daripada TMJ mengenai stadium baru di NUSAJAYA. Bukan sahaja stadium, malah dilengkapi dengan sebuah komplek sukan yang mempunyai 6 atau 7 padang latihan beserta Akademi bola sepak. Nampaknya Johor FA betul-betul serius untuk memajukan sukan bola Sepak Johor. Ayuh Johor!



" Stadium Larkin akan di gunakan oleh pasukan JDT II sebagai stadium rasmi, Stadium MPPG akan digunakan oleh pasukan Piala Presiden dan pasukan JDT akan ada satu stadium yang baru di Nusajaya yang akan merangkumi sebuah komplek sukan yang lengkap dengan Akademi bolasepak dengan 6 atau 7 padang latihan di dalam satu lokasi. Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi dan kerja-kerja pecah tanah akan di buat secepatnya " -TMJ. - 

Sunday, 19 January 2014

PERLAWANAN PERTAMA LIGA SUPER 2014- JOHOR DARUL TAKZIM VS PERAK


Satu permulaan yang baik untuk pasukan Johor Darul Takzim untuk Liga Super 2014. Dua gol dijaring oleh Amri Yahya (minit 38) dibabak pertama dan gol kedua dihujung perlawanan oleh Luciano Figueroa sekali gus pengutip 3 mata penuh .

Perlawanan tersebut bermula dengan gerakan berbahaya dengan permain satu dua dari Pablo Aimar dan Lucio mencemaskan barisan daripada Perak seawal minit keenam dimana rebatan leret Pablo Aimar tersasar. 

Gerakan demi gerakan dilakukan tetapi ianya dapat dipatahkan oleh pihak lawan. Perak pula sekali sekala membuat serangan yang hampir membawa padah kepada Pasukan Johor Darul Takzim.

Walaupun perlawanan tersebut seperti tidak menjadi oleh pemain johor tetapi mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut.